Tuesday, 13 November 2012

moga ,

moga di satu hari nanti ,
dimengerti mereka aku mahu sendiri.
aku tak mahu berbicara apa lagi berketawa.

aku cuma mahu bersendiri.
leave me alone kata orang putih.

entah berapa kali mahu dikata mulut dan tangan ,
aku tiada apa-apa aku ok saja untuk soalan kenapa mereka.

tuhan ,
tolong lah ,
mengertikan mereka aku mahu sendiri.

aku tidak mahu sesiapa,
aku cuma mahu DIA.

Monday, 12 November 2012

surat untuk tuhan, 11.11.12


tuhan ,

angie ada permintaan.

di hari kelahiran angie yang keduapuluh tahun ini ,

angie cuma mahu

1. terangi hari-hariku . .
2. terangi hatiku yang semakin gelap . .
3. ajarkan aku untuk berhenti membenci.
4. fahami aku memaafkan itu sesuatu yang mulia.
5. hentikan aku dari terus berpura-pura . .
6. jaga keluarga aku . .
7. berkati kedua ibu bapa ku.
8. jaga aku di kota kinabalu . .

tuhan, beri aku bahagia. beri aku rasa yang selayaknya aku rasa. selamanya .

boleh ?

selamat duapuluh angelica dawn


11.11.2012

selamat untuk duapuluh tahun angelica dawn,
semoga bahagia untuk usia kau yang baru ini.

jangan lagi berpura-pura dalam hal yang kau tidak suka,
jangan lagi berasa rapuh selalu.

kasihani diri mu angelica dawn.
sampai bila mahu dibiar air mata terus mengalir lembut di pipi gebu kau itu?
sampai bila mahu dibiar hati kau terus meronta-rana menahan sakit tak terhingga.

sudah lah, ya sudah lah.
cukup-cukup lah kau biarkan dirikau terus tenggelam dilaut luas.
izinkan dia sebentar mendarat di perairan laut yang indah.

leraikan semuanya,
hilangkan setiap rasa marah dan benci di dada kau angelica dawn,
jangan.

ingat pesan bapa,
cintai musuh mu seperti mana kau mencintai diri mu sendiri.

sampai bila mahu terus hidup dalam kebencian.

cukup-cukup pekatkan hitam di hati mu angelica dawn,
dia juga ingin merasa warna merah. .

:(