Thursday, 21 June 2012

mati muda .

dulu ,
aku selalu minta tuhan matikan nadi aku segera . bahkan aku pernah mahu matikan sendiri . kononnya tidak menahan rasa hidup yang terlalu kejam ini . konon juga kata tiada erti aku hidup di dunia ini . oh SHIT

tapi sekarang ,
aku rasa benci untuk minta mati muda . meluat rasa bila telinga aku mendengar dan mata aku melihat mulut aku membaca ada yang mengeluh mahu mati muda . aku rasa mahu mati muda itu bangsat !

sememangnya , ada apa dengan mati muda ?
sudah tertulis tuhan kata kau mati bila , ikut saja lah . belum tiba waktu jangan lagak pandai mahu mati muda begitu .

kalau boleh ,
aku minta lagi kepada tuhan , agar dipanjangkan hidupku , dilamakan denyutan nadi aku , dilambatkan mati aku . sebab terlalu banyak yang perlu aku merayu untuk dimaafkan silap dosa aku , dulu .

dan kalau boleh ,
aku mahu mati bila aku sudah benar merasa cukup dengan kehidupan aku .

dan kau mahu tahu ?
kenapa aku mahu minta mati muda dulu ,
sebab aku kecewa dengan rasa cinta yang sial itu .
bodohkan ??

sekarang aku tahu ,
aku tak rela mati demi cinta yang tiada , tapi aku rela mati untuk cinta yang abadi yang tuhan kasih . :)

* kerana cinta tuhan ada dalam aku itulah aku terus hidup dan bertahan selalu .

No comments:

Post a Comment