di sini , cerita kita berakhir juga hujung nya .
saat aku tabahkan hati untuk tinggalkan tanda soal pada perkataan aku .
juga disaat aku tenang terima jawapan tidak mu .
untuk pertama kalinya , aku tidak merasa bodoh dan malu lagi,
karna akhirnya aku berjaya buang jauh-jauh kemaluan aku ,
hanya untuk satu jawapan bagi setiap yang terjadi sebelum hari ini .
aku tiada mahu merasa sedikit penyesalan pun ,
paling kau juga aku mahu kala bersama dulu .
tapi , kalau boleh aku memilih dan mengulang waktu dulu ,
lebih baik cerita dan semua itu tidak ada ,
dan biar tidak pernah ada KITA .
dulu sakit aku mahu terima kenyataan .
tapi kini aku tabah menelan kenangan .
menelan kenangan yang entah apa isinya ,
entah tulus entah bohong semata .
biar terhapus dan terbuang ruang kelam .
dan aku janji ,
mulai detik ini aku tak akan sering memutar ulang filem yang sudah dimainkan .
No comments:
Post a Comment