Saturday, 29 March 2014

jiwa yang cantik .

situasinya berlaku , seminggu yang lalu . 
di hari sedang melalui upacara kesan kenapa sakit selalu . 
kenapa ada yang mengikut dan menumpang dicelah tulang ku.
juga disaat bukan aku lagi dalam badan sendiri . 

soalnya yang mengubat aku , 

" apa yang kau mahu dari anak ini , kembalikan semangat dia . pulangkan semangat dia . kembalikan apa yang kau ambil dari dia . kembalikan semua yang kau mahu dari dia , tanpa izin sesiapa . "

dan yang mengejutkan aku adalah , 

" sebab jiwa dia terlalu cantik , sebab itu aku mahu di sini " .

lantas jatuh air mata , rebah di lantai . 
maka lesaplah dia bersama asap .

setiap kejadian itu mengingatkan ku sesuatu yang sudah lama berlaku . 
saat seorang lelaki yang ku gelar "bro mar" , berkata perkara sama . 

jiwa terlalu cantik untuk dimiliki mereka , penentang ajaran tuhan . 

aku hairan sendiri ,
jiwa yang cantik itu seperti apa ? 


No comments:

Post a Comment