duduk luar rumah .
tengok langit tiada cakerawala .
fikiran melayang jauh ,
luar dari angkasa .
pejam mata ,
cakap dalam hati .
hey ,
cuba bayangkan sesuatu untuk 10 tahun akan datang .
pada saat itu ,
kau seorang isteri juga seorang ibu kepada anak-anak mu .
dan bila tiba waktunya ,
tanya anak kepada-mu .
"bonda , kenapa penuh garis putih di tangan bonda?"
fikirkan tentang apa jawapan harus aku katakan pada anak yang hidup di perut aku .
apa mungkin akan ku akukan padanya ,
sayang , mahu tahu ?
bonda dulu berkali cuba matikan jantung bonda sendiri .
bonda penat dengan setiap kecelakaan hidup bonda ini .
setiap malam bonda sedekahkan dunia dengan air mata bonda .
setiap malam juga bonda hentak dada bonda atas rasa sakit yang meluak-lampaunya .
sayang mahu tahu , lagi ?
dulu juga bonda sering gunakan razor untuk lukakan diri bonda .
bukan razor saja , tapi juga setiap benda bonda guna-usahakan untuk mati .
bonda pernah makan pil-pil putih ,
bonda pernah lemaskan diri ,
bonda pernah harap dilanggar lori ,
bonda pernah berdiri dipenjuru bangunan tinggi .
tapi sayang ,
bonda tak mati-mati .
dan apa sayang tahu ,
setiap bekas-bekas putih pada tangan bonda ini sebenarnya kekuatan bonda .
untuk ingatkan pada diri bonda tentang betapa hebatnya menjadi bonda .
karna setiap luka bonda ada cerita .
dengan itu ,
aku begitu harap aku punya kisah untuk dikisahkan pada mereka yang tidak wujud pada asalnya .
No comments:
Post a Comment