Sunday, 3 May 2015

kepada kamu .

kepada kamu yang begitu aku mahu ,
pada setiap hari selepas kata ini , aku tidak akan lagi seperti yang kamu mahukan . tidak akan sama lagi seperti hari kelmarin , yang penuh dengan senyum dan tawa , gurau dan senda .

kepada kamu yang begitu aku sayangi ,
pada hari yang akan datang selepas ini , teruslah mencari kebahagiaan yang lainnya tanpa aku lagi di sisi . akan ku intai kamu dari hujung dunia , dan jika perlua akan ku mintakan kepada tuhan agar akan ada pengganti ku buat kamu .

dan kepada kamu yang begitu membenci aku .
aku maafkan setiap caci maki kamu , karna aku tahu aku tidak punya apa dan tidak layak untuk diangkat di mana-mana .

semoga kalian semua akan terus tertawa meski aku akan tinggal abu sahaja .
senyum .

No comments:

Post a Comment