Thursday, 26 July 2012

sakit yang teka teki .

dia selak baju aku , tekan-tekan perut aku .
kerut dahi aku tahan sakit , mahu aku maki kata , sakitlah bodoh .
tapi sebab hanya dari dia aku tahu apa sakit aku , aku tahan .
puas dia tekan-tekan , dia bagi kad , suruh pergi bilik A .
aku ikut , 
sampai bilik A , orang lain satu seragam putih panggil nama , angelica dawn .
aku pergi , ambil bekas kaca . disuruh duduk .
entah apa diguna dia ikat lengan aku suruh genggam tangan .
ambil darah aku , banyak . kemudian disuruh aku pergi makmal , uji air kencing .
aku ikut . dibagi bekas , aku kencing dalam tu . 
kotor . aku bagi . diaorang ambil , 5minit . angelica dawn .
aku capai , sikit aku tak faham langsung apa ditulis dalam kertas putih . 
terlalu banyak secret kod yang tak tahu aku cuma urine colour - amber . fcuk . macam kedai jual kasut dekat rumah aku .
bingung kepala aku terus pergi unit x-ray . perempuan umur 40an itu suruhkan , aku ikut , aku turut .
sampai lagi tak siap aku bagi dia suruh masuk bilik , tanggal baju , dalam dan rantai . disuruh pakai baju hijau dalam bilik itu , aku geli . entah berapa ramai yang sudah pakai . tapi rela kan saja . 
siap aku sedia , dia suruh berdiri menghadap , dada aku lekatkan pada besi , dagu juga . tangan lembutkan dia tarik kebelakang seolah aku banduan . disuruh aku tarik nafas , tahan nafas jangan bernafas . zabb!! siap , awak dah boleh tukar baju balik dan tunggu dekat luar . aku binggung . turutkan saja , lagi . duduk tunggu , dia sebut nama lagi angelica dawn , angelica dawn . ah sial , dia salah sebut nama aku . bodoh . benci sungguh . aku capai saja fail warna coklat tuh . lalu aku patah balik ikut langkah aku langkah tadi . sampai aku bagi , nah . dia pasang lampu tengok-tengok tulang rangka dada aku . aku macam orang bodoh , tak mengerti . yang tahu dia kata minggu depan hari yang sama datang uji air kencing lagi . ambil ubat . sakit kau nanti baru tahu . sekali lagi , aku bingung . 

ah , semoga , tiada terjadi seperti dalam otak aku ini . 
cuma tiga , apendiks , batu karang , buah pinggang . doakan !

Tuesday, 24 July 2012

eh kenapa malu ?

berdiri aku sendiri , bawah cahaya lampu eletrik ,
mata aku terpaku melihat satu pasangan melayu .
sweet aku tengok , senyum bibir aku sedikit rasa cemburu * aku tiada , bodoh .
tapi mata aku melirik terus bahagian dada perempuan berselendang ayu ,
ah , tangan lelaki itu , perghh , depan umum tuh !

mata aku lantas menjeling kepala aku geleang ,
hati aku kata '' palsu punya , fesyen saja lebih . ''
tapi , otak aku kata , '' eh sabar kau , jangan berfikiran kilat begitu ''
lalu aku berani cakap kuat saja mahu bagi telinga dia orang dengar ,
'' sweet kau orang , depan umum pegang gunungkan , dah kawin ke belom ? ''
muka malu , tangan lelaki lantas dia leraikan . malu lah tu , kan ?
cepat-cepat buka langkah , pergi begitu saja tanpa jawab soalan aku , sial .

'' eh kenapa malu ? ''

bodohkan , kau tak kahwin lagi kau jangan buat begitu , mungkin kau fikir orang suka tengok kau begitu eh ? tapi kau taktau , yang melihat itu benci , meluat . bukan dengki tapi sedih sebab berdosa mata mereka .


tak semua yang mati .

dalam keranda itu ,
tak semua yang mati , 

ada yang masih bermimpi ,
tapi disangka mati lalu dipaksa mati .

*
kasihan kuku-kuku manis jadi haus .
kasihan tukang keranda , diukir indah jadi calar gara-gara tak rela , dipaksa .

Friday, 13 July 2012

aku dapat universiti di borneo tapi .

*** tadi ***
otak dan hati aku tak sabar mahu tahu keputusan sekolah tinggi mana aku dapat .
aku cepat-cepat pergi laman rasmi upu  , aku tekan no . kad pengenalan aku , no . angka giliran aku . 
lengkap aku hantar . berdebar hati aku sampai bergegar tangan aku . nerves katakan .
aku tunggu , kaki aku gerak-gerak atas bawah , macam boss tunggu pekerja nak marah !
makin kuat gegar tangan aku atas tetikus hitam ni , 
seminit aku rasa , google chrome sesak . tak masuk laman yang aku mahu !
benggang sedikit , aku refresh banyak-banyak . 
akhirnya . . masuk juga .
mata aku tertumpu dekat font berwarna merah tulis TAHNIAH ! aku senyum .
aku baca lagi , dia tulis , anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut : 
anak mata aku tertumpu sekali lagi dekat perkataan ini . PSIKOLOGI KAUNSELING , UMS .
aku senyum , aku ketawa , serius , untuk kali ini aku tak titis air mata , hairan kan ?
aku lari pergi dapur , teriak macam orang gila jumpa duit tepi jalan , '' yeh ! yeh ! aku dapat ! aku dapat ! maa !! aku dapat ! '' 
mungkin bingit telinga bonda aku dengar , dia kata '' hoi , diam sikit , macam kau orang gila '' . HAHA .
aku terus diam , senyum . syok sendiri , duduk lagi hadap skrin komputer mak aku ni . tersengih aku sendiri .
bonda datang , tanya mana nak tengok kos apa sekolah tinggi mana . 
jari aku tunjuk mulut aku kata '' ni nah , ni nah . di ums bah . psikologi kaunseling . akhirnya , yang aku mahu itu aku dapat ma . '' 
bonda senyum , dia gembira juga . tapi , kau tahu . aku tak tipu , aku tahu baca mata orang . bonda sedih . sekali lagi , terpaksa berjauhan . aku juga merasa sama . aku sedih . 
menangis aku sekejap tadi , tertitis mutiara aku untuk bonda . 
sebenarnya , aku gembira dapat ums . aku gembira , tapi tak tipu , aku sedih untuk pergi jauh . 
sungguh , hati aku berat untuk pergi . aku tak mahu tinggal bonda aku sendiri lagi . 
kalau boleh , aku mahu bawa sekali bonda aku . aku tak mahu dia sendiri * aku menangis taip ini .
lalu , kau tahu apa ?
aku duduk sofa , dia duduk kerusi main farmville facebook dia . kami berdua saja . 
dia bersuara tetiba , katanya begini .
'' nanti , pergi sekolah , jangan getek-getek(gatal-gatal) bercinta . belajar bagus-bagus . bercinta tuh nanti lah dulu . belajar sampai habis , kerja bagus-bagus . tunggu saja jodoh dari tuhan . '' 
aku senyum , aku cuma jawab '' iya , nda juga aku bercinta dulu . sekarang aku bercinta dengan tuhan . ''
dia serius , sedikit tak pandang aku , dia kata lagi .
'' kau jangan makan , nanti kau telan '' .
aku terdiam . berfikir otak aku . diam aku dia bersuara lagi , bikin aku benar-benar berat untuk pergi . dia kata , begini .
'' nanti habis sekolah . pandai sudah . ada kerja sudah . berjaya sudah , jangan kamu lupa si mami . jangan lupa orang tua '' . . lalu diam , tiada lagi kata . yang kedengaran cuma bunyi kipas siling dengan bunyi keyboard dia tekan-tekan . 
aku diam . aku fikir kata dia . hati aku cuma mampu jawab . '' aku takkan lupa kamu . takkan pernah . '' *eh , aku menangis lagi taip ini . 
yang aku tahu , dia merelakan aku pergi untuk sambung belajar , tapi ada sedikit keberatan dan kesedihan dihatinya . :( 

*** sekarang ***

aku tak tahu . aku fikir banyak . banyak aku fikir . aku tengok yuran . 1786 . terlalu mahal . kasihan orang tua aku nanti . aku tak mahu bikin mereka susah sebab aku . tengok tiket kapal terbang merah putih , mahal juga . aku menangis sebab mahal . tapi , ada mereka . mereka . bagi kata dua , sokong aku . peluang datang sekali , harus terima , harus pergi untuk orang tua . cuma , terlalu mahal untuk aku pergi . 

aku dapat universiti di borneo , tapi aku berat hati . 

angka yang terpapar dalam surat tawaran itu terlalu '' murah ''  untuk aku jika dibandingkan dengan nyawa jasad yang aku sayang . * kau tak faham . :( 

Thursday, 12 July 2012

kehadapan kekasih yang hilang .

eh kau ,
kau ingat kau lari dari aku , kau hebat ?
kau ingat kau pergi tanpa kata , kau jaguh macam hang tuah ?

eh kau ,
kau pengecut , bodoh .
kau persia aku macam boneka kau buat aku .
kau campak aku suka-suka kau .
kau ludah-ludah aku macam gula getah .

tapi eh bodoh ,
kau bikin aku begini bukan bikin aku benci tahu ?
bikin aku tambah sayang akan kau .
bikin aku tambah rasa aku untuk kau .
sesungguhnya bukan garam lah , tapi cinta .

aku cuma nak kata sebelum kau campak aku suka-suka dulu .
aku nak kata ,

bodoh , 
aku sayang kau gila bodoh .
aku cinta kau dalam-dalam hati aku .
i love you . 

* ah bodoh gila , apa punya post aku taip tak tahu . 
(aku rindu kekasih aku yang hilang , tu yang begitu , sial punya otak bodoh punya jari , HATI moga kau cekal terima dia tiada ! )

anggap kau aku apa ?

bagai apa kau anggap aku ini ?
tempat menyinggah atau tempat meludah ?
tak mengapa lah ,
anggap saja mau apa anggap kau pada aku .
yang pasti tahu aku ,
esok lusa nanti , tangan aku juga yang kau cari , kan ?

* hei , aku tak peduli kau mahu anggap aku apa , sampah , najis , jijik , kotor tahi ? kau anggap saja . akal fikir kau aku tak boleh kawal . TAPI kan , aku akan selalu ada untuk kau . tangan aku akan selalu aku hulur untuk kau , tiga kali A tahu . anytime , anywhere , anyone . :)


Thursday, 5 July 2012

masuk islam ?

malam ini , sehari seminggu yang lalu .
teringat aku cerita gila dengan kawan yang satu . entah apa ingat aku . cerita dia mengadu sedih hubungan intim dia dengan kekasih dilarang keluarga . dihalang tak direstu , mahu dipisahkan .

ah , hairan , 
kenapa mahu dipisahkan hanya karna agama yang berbeza . agama , semua sama . yang beza , pegangan dan ajaran . tuhan itu satu , dan selamanya akan satu . tiada duanya tuhan itu . pelik juga aku . cukup kau aku percaya tuhan ada , sudah . untuk apa dihalang-halang . lain pegangan pun sama , kembali pada Dia , bukan begitu ? 

ingat aku lagi , 
terus terang aku banggakan kata mantan juga agama lain , iras dia , islam . tapi , tidaklah aku dipisahkan bonda ku (cuma , kami terpisah tanpa kata , tak berpisah cuma kehilangan :( ) yah , mungkinlah , satu keluarga melarang , tapi siapa mereka menghalang ? perempuan yang lahirkan aku juga tidak melarang . cukup kata dia '' asal kau bahagia , aku bahagia '' . . 

dia ?
harap bonda kekasih hati seperti bonda aku , bonda rock kata ku . bahkan soal sama ada bonda mahu diambil dia jadi menantu , bodoh gila aku kata dia . mata sedikit tak terpaku lihat dia apalagi hati ini . kan ? haha

lalu soalan bonus dia tanya . ( eh reader , aku olah sikit , biar tambah seksi macam blog aku , ya ? )

'' kalau kau , kau sanggup tak masuk islam ? '' mata aku lihat hati aku baca bibir aku senyum saja . jari aku ? ha , lancar taip atas abjad-abjad . . sebenarnya mahu begini jawab-ku , 

tak tipu , aku suka islam . tapi hati aku tak dapat hidayah lagi . aku suka tutup kepala aku guna kain , bukan untuk fesyen . tapi aku suka . kadang aku belajar dari youtube hanya untuk pandai berselendang . kau tak percaya ? tanya mak aku saksi aku belajar ''berkain'' dalam rumah ini . aku tak cakap bohong , aku tahu macam mana nak mengucap , aku tahu . aku pernah terucap secara tak sengaja , dari buku , aku baca ''sulalatus salatin'' sastera melayu tradisional tingkatan enam . ayat itu ada dalam buku tu , aku terbaca . risau aku , tapi kata mereka , tak mengapa kalau tiada saksi nya . hembus nafas lega aku time tuh . yalah , aku tak mahu lah masuk sembarang keluar pun sembarang kan . tak elok kata orang nanti . lagi , kau tanya aku sanggup masuk islam ? aku sanggup kalau aku benar-benar peroleh hidayah itu dari DIA . bukan dari pujuk jemput kawan aku . aku tak mahu begitu . dan , aku tak mahu masuk islam secara terpaksa hanya untuk menikahi dirinya dan meniduri dirinya secara sah. aku tak mahu aku tak rela .dan kau , biarlah aku jadi mualaf yang benar-benar terima cahaya itu dan benar-benar mahu peluk agama itu , walau nyata nya ramai kawan yang ajak peluk agama itu. :)

tapi terjawab aku begini . 


begitu cerita nya . . aku tak tahu . tak tipu memang aku suka islam . tapi aku sayang agama aku sekarang . :)

* maaf ea , sedikit berlebihan tentang agama kan . tapi , biarlah entry ini jadi satu kenangan dalam blog aku yang seksi . kan sayang ? HAHA

bai . peace !