otak dan hati aku tak sabar mahu tahu keputusan sekolah tinggi mana aku dapat .
aku cepat-cepat pergi laman rasmi upu , aku tekan no . kad pengenalan aku , no . angka giliran aku .
lengkap aku hantar . berdebar hati aku sampai bergegar tangan aku . nerves katakan .
aku tunggu , kaki aku gerak-gerak atas bawah , macam boss tunggu pekerja nak marah !
makin kuat gegar tangan aku atas tetikus hitam ni ,
seminit aku rasa , google chrome sesak . tak masuk laman yang aku mahu !
benggang sedikit , aku refresh banyak-banyak .
akhirnya . . masuk juga .
mata aku tertumpu dekat font berwarna merah tulis TAHNIAH ! aku senyum .
aku baca lagi , dia tulis , anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :
anak mata aku tertumpu sekali lagi dekat perkataan ini . PSIKOLOGI KAUNSELING , UMS .
aku senyum , aku ketawa , serius , untuk kali ini aku tak titis air mata , hairan kan ?
aku lari pergi dapur , teriak macam orang gila jumpa duit tepi jalan , '' yeh ! yeh ! aku dapat ! aku dapat ! maa !! aku dapat ! ''
mungkin bingit telinga bonda aku dengar , dia kata '' hoi , diam sikit , macam kau orang gila '' . HAHA .
aku terus diam , senyum . syok sendiri , duduk lagi hadap skrin komputer mak aku ni . tersengih aku sendiri .
bonda datang , tanya mana nak tengok kos apa sekolah tinggi mana .
jari aku tunjuk mulut aku kata '' ni nah , ni nah . di ums bah . psikologi kaunseling . akhirnya , yang aku mahu itu aku dapat ma . ''
bonda senyum , dia gembira juga . tapi , kau tahu . aku tak tipu , aku tahu baca mata orang . bonda sedih . sekali lagi , terpaksa berjauhan . aku juga merasa sama . aku sedih .
menangis aku sekejap tadi , tertitis mutiara aku untuk bonda .
sebenarnya , aku gembira dapat ums . aku gembira , tapi tak tipu , aku sedih untuk pergi jauh .
sungguh , hati aku berat untuk pergi . aku tak mahu tinggal bonda aku sendiri lagi .
kalau boleh , aku mahu bawa sekali bonda aku . aku tak mahu dia sendiri * aku menangis taip ini .
lalu , kau tahu apa ?
aku duduk sofa , dia duduk kerusi main farmville facebook dia . kami berdua saja .
dia bersuara tetiba , katanya begini .
'' nanti , pergi sekolah , jangan getek-getek(gatal-gatal) bercinta . belajar bagus-bagus . bercinta tuh nanti lah dulu . belajar sampai habis , kerja bagus-bagus . tunggu saja jodoh dari tuhan . ''
aku senyum , aku cuma jawab '' iya , nda juga aku bercinta dulu . sekarang aku bercinta dengan tuhan . ''
dia serius , sedikit tak pandang aku , dia kata lagi .
'' kau jangan makan , nanti kau telan '' .
aku terdiam . berfikir otak aku . diam aku dia bersuara lagi , bikin aku benar-benar berat untuk pergi . dia kata , begini .
'' nanti habis sekolah . pandai sudah . ada kerja sudah . berjaya sudah , jangan kamu lupa si mami . jangan lupa orang tua '' . . lalu diam , tiada lagi kata . yang kedengaran cuma bunyi kipas siling dengan bunyi keyboard dia tekan-tekan .
aku diam . aku fikir kata dia . hati aku cuma mampu jawab . '' aku takkan lupa kamu . takkan pernah . '' *eh , aku menangis lagi taip ini .
yang aku tahu , dia merelakan aku pergi untuk sambung belajar , tapi ada sedikit keberatan dan kesedihan dihatinya . :(
*** sekarang ***
aku tak tahu . aku fikir banyak . banyak aku fikir . aku tengok yuran . 1786 . terlalu mahal . kasihan orang tua aku nanti . aku tak mahu bikin mereka susah sebab aku . tengok tiket kapal terbang merah putih , mahal juga . aku menangis sebab mahal . tapi , ada mereka . mereka . bagi kata dua , sokong aku . peluang datang sekali , harus terima , harus pergi untuk orang tua . cuma , terlalu mahal untuk aku pergi .
aku dapat universiti di borneo , tapi aku berat hati .
angka yang terpapar dalam surat tawaran itu terlalu '' murah '' untuk aku jika dibandingkan dengan nyawa jasad yang aku sayang . * kau tak faham . :(
No comments:
Post a Comment