Thursday, 5 July 2012

masuk islam ?

malam ini , sehari seminggu yang lalu .
teringat aku cerita gila dengan kawan yang satu . entah apa ingat aku . cerita dia mengadu sedih hubungan intim dia dengan kekasih dilarang keluarga . dihalang tak direstu , mahu dipisahkan .

ah , hairan , 
kenapa mahu dipisahkan hanya karna agama yang berbeza . agama , semua sama . yang beza , pegangan dan ajaran . tuhan itu satu , dan selamanya akan satu . tiada duanya tuhan itu . pelik juga aku . cukup kau aku percaya tuhan ada , sudah . untuk apa dihalang-halang . lain pegangan pun sama , kembali pada Dia , bukan begitu ? 

ingat aku lagi , 
terus terang aku banggakan kata mantan juga agama lain , iras dia , islam . tapi , tidaklah aku dipisahkan bonda ku (cuma , kami terpisah tanpa kata , tak berpisah cuma kehilangan :( ) yah , mungkinlah , satu keluarga melarang , tapi siapa mereka menghalang ? perempuan yang lahirkan aku juga tidak melarang . cukup kata dia '' asal kau bahagia , aku bahagia '' . . 

dia ?
harap bonda kekasih hati seperti bonda aku , bonda rock kata ku . bahkan soal sama ada bonda mahu diambil dia jadi menantu , bodoh gila aku kata dia . mata sedikit tak terpaku lihat dia apalagi hati ini . kan ? haha

lalu soalan bonus dia tanya . ( eh reader , aku olah sikit , biar tambah seksi macam blog aku , ya ? )

'' kalau kau , kau sanggup tak masuk islam ? '' mata aku lihat hati aku baca bibir aku senyum saja . jari aku ? ha , lancar taip atas abjad-abjad . . sebenarnya mahu begini jawab-ku , 

tak tipu , aku suka islam . tapi hati aku tak dapat hidayah lagi . aku suka tutup kepala aku guna kain , bukan untuk fesyen . tapi aku suka . kadang aku belajar dari youtube hanya untuk pandai berselendang . kau tak percaya ? tanya mak aku saksi aku belajar ''berkain'' dalam rumah ini . aku tak cakap bohong , aku tahu macam mana nak mengucap , aku tahu . aku pernah terucap secara tak sengaja , dari buku , aku baca ''sulalatus salatin'' sastera melayu tradisional tingkatan enam . ayat itu ada dalam buku tu , aku terbaca . risau aku , tapi kata mereka , tak mengapa kalau tiada saksi nya . hembus nafas lega aku time tuh . yalah , aku tak mahu lah masuk sembarang keluar pun sembarang kan . tak elok kata orang nanti . lagi , kau tanya aku sanggup masuk islam ? aku sanggup kalau aku benar-benar peroleh hidayah itu dari DIA . bukan dari pujuk jemput kawan aku . aku tak mahu begitu . dan , aku tak mahu masuk islam secara terpaksa hanya untuk menikahi dirinya dan meniduri dirinya secara sah. aku tak mahu aku tak rela .dan kau , biarlah aku jadi mualaf yang benar-benar terima cahaya itu dan benar-benar mahu peluk agama itu , walau nyata nya ramai kawan yang ajak peluk agama itu. :)

tapi terjawab aku begini . 


begitu cerita nya . . aku tak tahu . tak tipu memang aku suka islam . tapi aku sayang agama aku sekarang . :)

* maaf ea , sedikit berlebihan tentang agama kan . tapi , biarlah entry ini jadi satu kenangan dalam blog aku yang seksi . kan sayang ? HAHA

bai . peace !

No comments:

Post a Comment