Thursday, 21 March 2013

dan aku juga pernah lukis seperti itu .


dan bila melihat akan lukisan itu, buat aku teringat yang satu ketika dulu , 
kaunselor aku sendiri pernah meminta aku melukis seperti itu.
katanya , 
" tak mengapa kalau kamu tidak dapat luahkan apa yang terpendam , ini kertas dan pensel , lukiskan saja apa yang ada difikiran kamu . "
dan aku hanya menggangukkan kepala capai kertas saiz A4 dan pensel yang dibagi dia itu.

entah apa yang ada difikiran pada waktu itu juga aku sendiri tidak tahu, yang aku tahu aku cuma perlu kotorkan kertas putih ini, sebagai penuhi permintaan pn. kaunselor. bila selesai ,aku serahkan kembali kertas yang awalnya putih kini menjadi hitam kepadanya. 

hairan , selesai buat kotoran pada kertas itu, tidak sedikit dia memberi komen apalagi pandangan tentang lukisan aku. katanya cumalah 
" baik, terima kasih. kamu boleh balik, nanti kita akan berjumpa lagi di sesi yang akan datang. cikgu akan panggil di hari yang lain lagi nanti, jaga diri. jangan buat benda yang tak elok. "

dengan perasaan yang suka karna diizin pulang bercampur dengan perasaan hairan, aku pergi begitu saja. 

hanya bila dipanggil untuk sesi kelima-enam aku tidak pasti baru aku tahu apa fungsinya disuruh lukis aku pada kertas A4 dulu.. rupanya, untuk melihat apa yang terpendam dalam hati. 

kata-katanya masih segar difikiran ku, 

" baiklah angelica, apa yang cikgu nampak dan lihat dalam lukisan kamu ialah penderitaan, kebencian, dendam, ingin bersendirian dan juga mempunyai keinginan untuk membunuh. pisau yang kamu lukiskan itu membawa maksud kamu punya keinginan untuk membunuh kan ? *dan aku hanya mengangguk dan , lagi cikgu tengok, kamu mahukan ketenangan , betul ? *dan aku angguk lagi dan lagi, hairan juga bagai apa dia tahu mahu aku . dan katanya lagi , kamu hanya akan berasa tenang bila bersendirian di lautan ? "

setiap katanya itu betul belaka, aku hanya anggukkan kepala tuhan beri ini. dalam hati sedikit terharu dan gembira, tahu kenapa ? akhirnya ada yang mengerti apa mahu aku, kau cikgu. dalam keadaan diam untuk berapa saat , aku dalam hati hanya harapkan pertolongan dari mereka. sampai bila mahu dibiar hidup aku terus gelap begitu, hati aku terus hitam begitu.. 

dan selesai dijelas-terang maksud setiap lukisan aku itu, barulah aku sedar sebenarnya dia hanya ingin melakukan terapi lukisan jiwa aku untuk tahu apa isi hatiku, dan dia berjaya. terima kasih.

kau tahu , dulu aku sakit dan sering menderita dengan kehidupan aku . tiap malam air mata jadi teman sejati aku. bahkan kadang sampai tidak tertitis lagi air mata ini. tapi kini tidak lagi. tahu ? sebab , kini aku sedang belajar ilmu kemanusiaan. psikologi. aku sedang belajar kenapa aku begitu, kenapa aku begini. dan walau kadang aku juga ada gangguan emosi, dengan ilmu yang ada , aku mampu untuk kawal ia dari terus bikin aku menderita . . 

* till next , :)



No comments:

Post a Comment