Sunday, 17 March 2013

parut di tangan aku .



dan kau menganggapnya sebagai satu kebodohan, bukan?

ya silakan saja menjadi hakim kepada kehidupan ku.
aku tidak akan menjadi peguam bela untuk diriku.

katakan saja mahu dikata apa mulut mu ,
dan fikirkan saja apa mahu difikir otakmu.
sedikit aku tidak akan menentang apalagi menafikan.

aku,
hanya mampu iyakan saja setiap fikir dan kata yang kau lemparkan padaku.

mahu aku kata tidak kau kata iya,
mahu aku kata bukan kau kata memang.
jadi biarkan saja lah .


*senyum , dan hmm....

hakim-hakim sekalian.

kalian sedikit tidak tahu menahu akan hidup aku.
apa yang dilalu aku kala hari yang lalu,
sakit perit jatuh terkangkang aku kau tidak tahu,
meronta rana jiwa aku minta diselamatkan kau tidak mahu tahu.

yang kau tahu cuma yang terkini.

kulit bersambung yang berbekas di tangan aku.
parut buruk yang jelas pertama kali dipandang mu bodoh aku .

tapi apakan daya ?

mahu dikata aku bodoh berulang-juta kali juga tiada yang dapat kembalikan ia seperti dulu.
biarkan saja lah , iya?

biarkan saja lah ia terus berbekas di tangan aku,
sekurang-kurangnya, bila aku lihat dan tatap parut itu,
aku tahu siapa aku dulu.

well ,

jika diberi peluang untuk bawa mu bersama ke kehidupan aku yang lalu,
pasti kau tidak akan berfikir aku bodoh , lagi .

= seharusnya, kalian berbangga kerna aku berjaya teruskan kehidupan aku . :)

No comments:

Post a Comment