Monday, 2 September 2013

cerita tentang kematian .

kau tahu ,
sejak kepergian kawan dua minggu yang lalu .
hati dan otak selalu bermain dengan kata mati itu .

sebenarnya , 
aku masih tidak faham dengan konsep mati ini sendiri .
meski yang ditahu dan diertikan mereka ke aku mati itu mati .
aku masih tidak mengerti .

tolong jangan rasa aku bodoh ,
cuma aku mahu tahu , dengan betul .

faham aku soal mati ,
jasad terbaring kaku ,
mata tak akan pernah buka lagi ,
setiap organ dalam badan menjadi bisu .
tiada lagi pergerakan dan pengaliran darah apa air dalam badan .
dan orang tak akan pernah lagi bersuara kata , hey jom lepak sama . 

tiada , 
semua itu lesap ,
dan yang ditinggal pergi itu akan merasa kehilangan .
air mata dan kenangan jadi kembar buat detik yang entah berapa waktunya .

hanya itu . 

soalannya , 
bila aku mula bermain dengan kata mati itu sendiri ,
aku perasan sesuatu tentang mati . 

tidur tak pernah sedap ,
hati tak banyak tenang ,
otak tak pernah berhenti dengan mati ,
tangan tak pernah diam untuk cari kata mati di google .
sampai satu waktu , aku tanya seorang tua dari ku ,

'' dalam ajaran kristian itu sendiri , apa ada diberitahu tanda-tanda kematian ? 
atau kematian itu memang sesuatu yang misteri di sebelum dan selepasnya ? ''

dia sendiri kurang tahu karna baginya mati itu tidak ada penjelasan yang jelas . 
dia fahamkan aku , yang kematian itu adalah rahsia tuhan , sendiri .

tanpa aku minta , 
dia fahamkan dengan jelas yang ,

1. manusia itu berasal dari debu , lalu diberi nafas hidup ( dalam bahasa aslinya , roh ) oleh tuhan . kejadian dalam 2:7 '' ketika itulah tuhan allah membentuk manusia dari debu anah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya , demikianlah manusia itu menjadi makhluk yang hidup . 
2. setelah mati , manusia ( tubuh jasmaninya ) akan kembali menjadi debu , tetapi rohnya akan kembali kepada allah , sang penciptanya . ( berarti , rohnya tidak mati . )
cuma soalnya , tanda kematian , bila akan mati itu misteri . dan kita biasa sedar akan '' sesuatu tanda '' bila kematian itu sedah berlaku . 

tepat , seperti yang aku faham dalam buka suci tuhan .
soalnya , 

'' why suddenly ask ? dalam kurungan ikon olokan . ''

tidak jawab ku , cuma mahu tahu .
dan tergerak hati untuk mendalami agama sendiri . 

sebabnya , seperti yang aku khabarkan di atas , 
sekarang , dalam luar aku sering bermain dengan perkataan mati itu sendiri . 
dan , ada aku baca penulisan selepas kematian dalam kristian . 

yang sebetulnya menjadi tanda soal beribu pada aku ialah , 
tanda kematian itu sendiri . 
berkali aku cari , 
masih tidak ku temu . 

walau ,
nyatanya dalam buku suci itu tuhan sendiri menjawab yang , 
dari tanah kita datang , ke tanah juga lah kita akan pulang . 
juga roh yang telah ditiupkan untuknya suatu ketika dahulu .

dan kerana aku bukan jenis cepat puas dengan jawapan orang , 
aku akan sering tanya samada bising atau diam . 

'' apa orang mati itu boleh berdoa lagi ?
untuk diri sendiri ? ''

dan dia tetap menjawab soalan aku dengan jalan akal dia sendiri . 
katanya , 

'' berdoa yang boleh , tapi apakah doa itu didengar masih misteri '' 

ringkaskan ?
sebab katanya ,

'' selepas mati , kita cuma menunggu dibangkitkan dan dihakimi . manusia dihakimi sesuai perbuatannya semasa hidup . ''

mungkin , 
bagi akal orang , 
mereka akan terus menelan semuanya ,

ya , aku tahu .
jawapan dia sudah cukup untuk fahamkan kita yang kurang jelas soalan agama . 

jadi , 
aku persoalkan maksudnya lagi , yang 

'' sesudah kita mati esok hari , kita hanya akan ditempatkan disuatu tempat tanpa boleh berdoa untuk diri sendiri . bukan begitu ? ''

dan melalui soal aku , dia fahamkan lagi erti doa . 
jelasnya , 

'' berdoa maksudnya berbicara dengan tuhan untuk berbagai tujuan seperti mensyukuri , meminta , meluahkan . dan , semua itu selalu berkait dengan aktiviti dan keperluan duniawi . setelah mati nanti , tidak ada lagi keperluan dan aktiviti duniawi . termasuk makan minum mu , kerana yang perlukan makan ialah jasad , bukan roh . ''

kita tak akan merasa lapar lagi , faham . 

tapi jauh terdalam otak aku yang entah berapa beratnya , 
masih tersembunyi satu dua kata , 

fahamkan aku , sebab aku masih kurang faham .

dan dia akhiri dengan kata , 
yang penting percaya dan ikut . 

kau tahu juga ?
karna terlalu sering bermain dengan kata mati , 
aku cari merata untuk faham tentang mati . 

dan sampai kini , 
kala setiap jemari ku menekan abjad besar dalam alat eletro ini ,
otak aku masih menjauh mencari faham erti mati itu . 

dan rasanya aku mula tahu , yang 

mati itu adalah tentang pulang . 

dan yang membezakan mati orang itu adalah kapan dan seperti apa . 
juga akan ditempatkan di sheol sampai waktunya untuk dihakimi perbuatan yang sementara . 

cuma , 
bila-mana kita ditakdirkan untuk mati seperti orang kasihan atau orang bertuah , 
kita akan tetap pergi dan ditinggal pergi . 

dan cuma , 
apa dengan merasa tidak sedap badan itu tanda kematian masih menjadi persoalan . 

dan cuma ketiga kalinya ,
dari bermain dengan kata mati ini , 

aku mula faham , 
dengan mati aku mula merasa hidup . 

dan untuk keberapakalinya dan , 
bila aku mula berhenti ludah-muntahkan kata aku ,
itu tandanya aku sudah meninggalkan dunia . 

mati itu pasti .

dan mungkin , hanya dengan mati aku akan faham mati .

No comments:

Post a Comment