sampai sekarang , aku masih tak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam aku .
masih terbayang akan kematian , masih terasa kehilangan .
wajah kawan yang pergi sering terlintas difikiran .
seperti baru semalam tarik kakinya kala sedang hampir mahu lemas di sungai latah kinjang .
sebenarnya, aku benar-mahu faham apa itu kematian .
aku masih kurang jelas dengan mati meski ada yang faham aku yang mati adalah jasad seseorang tapi tidak rohnya .
kalau seperti itu , kemana pergi roh jasad yang mati ?
di mana kedudukan mereka , di bumi apa di alam yang sana ?
sana itu di mana dan seperti apa ?
kadang , kala aku sedang lihat jasad sihat depan mata ,
aku cuba bayangkan apa akan terjadi sewaktu kematian nanti .
apa mungkin akan sesempurna sekarang atau mungkin ada yang kurang ?
aku juga hairan , seringkali ianya berkaitan dengan kematian,
ia mesti dikaitkan dengan jasad yang mati , badan akan mereput dan membau-busuk ,kenapa tidak sewaktu hidup ?
apa kerana jasad itu ditimbus tanah yang ada cacing beribu-juta didalamnya ,
atau kerana jasad itu tidak lagi hidup ususnya untuk bekerja mencerna makan tuannya ?
kenapa tidak kala hidup jasad mereput ?
kenapa harus dikaitkan dengan kematian ?
bukan pernah lagi , tapi kerap kali .
aku sering membayang tentang kematian .
ada waktunya sampai jatuh airmata kerana takut untuk mati , walhal di satu waktu yang dulu aku beria untuk mati sampai kelar-luka diri .
mungkin mati adalah pembalasan atas setiap yang dilakukan jasad di dunia dan roh yang akan menanggung setiap cebis salah kecil-besar jasad , bukan ?
atau mungkin mati adalah tentang penderitaan baru atas manusia di dunia yang terlalu banyak rakusnya mengejar kepuasan ?
persoalan dan sebenarnya aku banyak soalan yang kadang aku rasa mungkin pekerja di ruangan pertanya juga tak mampu berikan jawapan pada setiap persoalan aku ini .
ianya pasal agama .
bukan tuhan matikan dirinya untuk umatnya ?
kalau iya , kenapa perlu ada neraka ?
atau mungkin neraka itu dijadikan sebagai tempat untuk bayaran umat manusia kepada tuhan atas deritanya yang menanggung setiap salah-dosa kita ?
dan kenapa perlu ada syurga bila mana setiap manusia itu tiada yang sempurna ?
sering melakukan kesalahan dan sering menjatuhkan sesama kita ?
kadang aku rasa seperti dikelastarafkan ,
yang jahat akan terus disampahkan, dan yang baik akan terus dihadiahkan perempuan .
entah siapa yang ciptakan pepatah pepatah d-s-p ini , yang baik dibalas baik dan yang jahat akan dibalas jahat .
persoalannya lagi , bukankah dalam buku tuhan ada berkata yang mati akan dihidup dan dihakimi bila tiba hari tuhan turun bumi .
jadi , soalannya kini , bagaimana dengan mereka yang sudah bertahun lamanya mati ?
tidak sengsara kah mereka yang terbiar lama di alama sana menunggu kita yang masih melakukan dosa ?
dan berapa tahun lamanya lagi tuhan akan turun bumi ?
lagi satu , aku dengarkan cerita dari mereka yang nyatanya jatung berdegup untuk tuhan .
kata mereka , ada cerita yang seorang rahib suci juga dicampakkan ke neraka hanya disebabkan ketiadaan doa yang mencukupkannya untuk masuk ke syurga .
persoalannya sekarang , dari mana datangnya cerita itu ?
dari siapa ditahu cerita campak-buang ke neraka ?
bagaimana mungkin dicampakkan ke neraka sedangkan tuhan belum turun bumi , kan ?
kadang aku rasa terlalu banyak persoalan yang tidak ada jawapannya bila ianya dikaitkan dengan agama .
yang aku dapat ringkas tapi kurang tepu dan padat , sebab jawapan aku dapat tuhan segala-galanya .
baiklah , aku mahu tanya lagi .
bila jasad itu mati di usia duapuluhsatunya , apa lima tahun akan datang paras rupa roh yang hidup itu akan tetap sama seperti sebelumnya atau akan sama menua seperti asal umurnya ?
kalau benar , pasti senior bertahun akan tampak jelik dan menyeramkan , kan ?
lagi satu , kenapa manusia akan merasa takut untuk berdepan dengan jasad yang mati ?
walhal dia cuma mati , tidak akan lagi seperti sebelumnya jasad itu yang peluk-cium dahi ?
kenapa bila dikaitkan dengan mati badan akan sejuk-seram ?
kenapa tidak panas-suam ?
aku tidak mahu terima jawapan sebab tuhan alasan seperti itu kejadiannya , aku cuma mahu fahamkan .
dan kalau masih diberi aku sebabnya tuhan , jadi berikan aku sebab kenapa tuhan jadikan ianya seperti itu ?
dan lagi , kenapa bila ianya dikaitkan dengan neraka ,
situasinya itu sangat menyeramkan , dengan api besarnya dan tempat panasnya .
dan kenapa syurga itu pula diimaginasikan tempat yang indah dengan malaikat-sucinya ?
soalannya sekarang , kalau saja pendusta akan dicampakkan ke api neraka , seperti apa kejadian rupanya ?
bayangkan tangan terkena air panas saja melecur merah , dan yang mati ditelan api saja menjadi rentung .
apa seperti itu akan jadi kepada ahli neraka ?
dan kenapa bila diceritakan dengan kematian yang disudahi dengan bakar jasadnya menjadi abu ,
kenapa ada yang pula yang menjadi rentung ?
kenapa terlalu banyak perbezaan ?
atau apa kerana yang mati dijilat api itu tidak tertahankan dengan panasnya lalu mati ,
atau kerana yang dibakar itu bersama kayu keras yang turut serta abunya manusia ?
dan kenapa bila dikaitkan syurga , yang dipunya ganjaran lipat ganda ?
bagaimana pula dengan orang yang mati dirogolbunuh ?
ganjaran seperti apa yang dia kan punya ?
dicampakkan ke api neraka kerana bodoh tidak melawan dan biarkan saja diratah badannya ,
atau disimpankan ke dalam syurga kerana kasihan tidak terkuatkan , lemah perempuan ?
dan kenapa tidak setiap yang mati itu diberikan bayaran yang sama rata tanpa ada beza baikburuk seseorang ?
kenapa diberikan kebangkitan hanya kepada orang yang baik dan kesengsaraan kepada orang yang jahat walau nyatanya dalam hidup itu sendiri difahamkan manusia selayaknya diberikan satu kali lagi peluang ?
lagi satu , kenapa perlu bezakan sesama manusia walhal bila mati kepada dia juga kita pulang ?
dan lagi , taubat seperti apa yang akan diterima tuhan ?
menangis sampai kering air di mata atau dengan berbaik terhadap manusia atau mungkin dengan menjadi pembaca mazmur di gereja ?
dan kenapa perlu banyak agenda berbeza berlaku dalam diri setiap manusia ?
apa kerana tuhan punya rencana yang pelbagai atau kerana sememangnya kita sendiri yang ciptkan rencana kita ?
tolong berikan jawapan sepunya mahu akal agar aku bisa terima dan faham dengan baik .
terima kasih .
No comments:
Post a Comment