orang salah faham bila aku bercerita tentang norazman
orang salah faham bila aku bercerita tentang kisah aku dan norazman
orang salah faham bila aku kata aku rindu-perlu-mahu-kan norazman
orang salah faham bila aku jatuhkan air mata kerana norazman
orang salah faham bila ada waktunya aku murung kerana norazman
bagaimana lagi mahu dikhabarkan pada kalian , norazman begitu penting kepada saya .
meski dia tinggal tulang , meski dia takkan pernah lagi pulang .
aku masih simpan harapan .
No comments:
Post a Comment