aku pernah terfikir .
kenapa diprogramkan minda dari kecil tulang temulang kita tentang besar dan kecil .
dan kenapa harus ada perbezaan pada taraf dan saiz dalam segala macam hal ?
saiz badan besar , dipinggirkan malah disingkirkan .
sebab alkisahnya besar ini susah bekerja lagi menyusahkan ,
kerja jadi pelayan warung majikan takut pusing sembilan puluh darjah ,
gelas meja sebelah pecah ..
yang kecil senang diterima ,
katanya tak menyusahkan senang mahu tambah jumlah dalam mesin .
pakai seksi-seksi tayang paha putih ,
bibir calit merah ang-ang ,
'' ye bang , boleh saya bantu ? ''
tapi ada difikir manusia ,
saiz badan sama saiz minda ?
lagi ,
taraf kedudukan orang besar-besar dan orang kecil-kecil .
ini bukan lagi cerita badan .
ini cerita harga diri ,
seolah ianya mampu dijual beli dengan saiz besar kecil .
yang besar akan terus membesar ,
dan yang kecil akan terus mengecil .
persoalannya ,
kenapa yang besar akan terus di atas ,
dan dibuat mereka pelbagai macam dengan kebesaran sewenang-wenang ?
dan kenapa yang kecil akan terus tersingkir ,
harus mengalah dan menyingkir dan dipinggir ?
cuma bagi aku ,
besar dan kecil memang banyak bedanya ,
tak terkata .
minda manusia tak boleh diubah macam tukar siaran astro guna alat kawalan jauh .
No comments:
Post a Comment