Wednesday, 31 July 2013

sedikit pasal iman .

okay ,
posting kali ini mungkin agak sensitif .
tapi abaikan rasa tu untuk kali ini saja .

begini ,
banyak diantara kenalan aku kuat imannya .
tiang agama teguh di dada .
buku ayat tuhan kalau boleh dihafal semua .
betul salah perbuatan dia simpan dalam minda .

kalau dibandingkan dengan aku .
setan memang ketawa .
semua yang dilarang dia dibuat aku , tanpa rasa takut . * serius aku tak tipu .
kadang diajak ke rumah tuhan juga ,
kurang ajar aku jawab tiada hati untuk ke sana , lain kali lah .

meski aku tahu mereka berusaha untuk menarik ku dengan tangan mereka ,
masih juga tidak terdetik .

aku bukannya tidak mahu ,
cuma aku malu .
ya kalau pun di dengar telinga ,
tak apa tuhan mengerti juga aku tolak mentah .

kerna aku berpegang pada kata
'' tuhan tahu apa terdalam aku . ''
dan percaya dia berkali-kali menyentuh aku .
taubat sehari minggu , lusa tulat dayus balik .

begitu aku .

tapi ,
baca sini .

aku kadang tak senang dengan mereka yang terlalu banggakan iman yang mereka ada .
kau faham maksud aku ?
tak faham ?
baik aku fahamkan , mendalam .
sedia gula-gula , aku takut nanti kau terasa pedas cili merah . * sinis kan .

baiklah .
begini cerita dia .
senang katalah ,

cerita iman tinggi ,
selalu ke rumah tuhan ,
tayang muka , tunduk hormat depan dia .
tapi ada tengok kain dipakai badan cukup ke tidak ?

lagi ,
tiang iman cukup tinggi dalam diri ,
tapi ada hati serendah akar pokok di bumi ?

dan ,
cerita ingat tanda atas perut bahu kiri kanan ,
tapi jari tanda tu buat tunjuk orang itu buruk orang ini jahanam ?

tambah lagi ,
mulut baca mazmur depan umum ,
sedap telinga dengar sampai leleh air mata ,
tapi mulut sedap tu juga maki-hamun babi sial bodoh jahanam celaka lah kau ni ?

dan ,
terkenal dikalangan orang beriman tapi ada kau jalan cara hidup orang berpegang pada iman ?

well , back to point pada apa yang aku mahu sampaikan .

terus terang .
ya aku bukannya kuat iman seperti kalian .
salibkan diri sebagai anak tuhan juga sebulan boleh kira dengan jari .
ke rumah tuhan lagi lah , alasan tiada hati .
ingat tuhan lagi boleh dikira saat berduka saja kembali pulang .
kau boleh bayang teruk mana iman aku , panjang mana tanduk aku .

tapi ada satu kau tiada dalam aku ,
teruk pikuk diri aku ini ,
aku masih ada rasa rendah dengan diri aku dibanding kau yang terlalu banggakan iman di dada kau .
jangan bangga sangat , kelak dada kau kempis , malu .

cuma ,
kalau boleh ,
kalau ada iman , kongsi pada yang mahu .
kalau tak mahu pun , simpan , sembunyikan .
cukup ditahu kau dan tuhan .

jangan tembereng dengan muka di rumah tuhan ,
kelak nanti , kau yang jahanam .

terima kasih .

Monday, 29 July 2013

dikhabarkan pergi .

dikhabarkan ada yang pergi .

kelu , diam .

aku sebenarnya tak tahu mahu berkata apa .
hanya mampu diam .

dalam hati ,
kata dan harapan kecil yang tak terdengar ,

'' semoga kau tenang di sana , kawan . ''

aku ,
sejujurnya ,
belum pernah didepankan dengan cerita kematian .

mayat tak bernyawa depan mata ,
mata tertutup lena takkan pernah terbuka ,
peristiwa kotak panjang berisi insan yang dulu hidup kini ditimbus tanah .

aku tak pernah ,
dan harap dilambatkan waktunya ,
karna aku masih tak mampu untuk hidup meski ada dua kaki dan tangan melengkapi diri ini .

aku ,
seperti dikhabarkan di atas ,
kosong .

titis permata juga tiada .
aku sendiri dalam kekosongan mahu dirasa apa hati ini .
yang aku mampu ,

cumalah ,

semoga yang pergi dan ditinggal pergi itu sentiasa mendapat tempat yang baik .



Wednesday, 24 July 2013

dalam aku , syria .


lihat , rasa .

dan aku menangis bagai hilang maruah . 
ya tuhan .
bagai dirobek sekali lagi jantung melihat kata-kata yang ditunjuk dia tuhan . 
sakit .

bahagia hidup mereka dicuri ,
rasa aman itu hilang .
negara di simbah kekotoran . 
yang dihidu mereka cumalah bau hamis darah yang mengering di dinding jalanan .
bangunan dulunya teguh kini menjadi puing-puing halus yang tak terlihatkan .

tuhan . 
berhenti sejenak akal aku untuk terus menaip .
aku sedang menangis kala menekan setiap abjad ini .
aku tak tahu , aku tak tahu 
bagai apalagi mahu dibuat aku cumalah doa .

apa yang dimahu anak kecil itu cumalah kebebasan .
dan mereka , mereka hancurkan segalanya .
bagai apa lagi hidup bapa abang dibunuh kejam .
ke mana harus di tuju kalau jalan raya dulunya rata kini beretakan , tuhan ?
kalau kiri kanan penuh dengan jasad yang tak terkubur dengan layaknya ada batu nisan dan bacaan ayat-ayat tuhan ? 

aku cuba untuk berada dalam diri anak kecil itu .
bayangkan hidup dicelah runtuhan bangunan .
dengan baju yang rabak , koyak . 
jauh di sudut itu , 
jasad lain sedang kelaparan .
berlantaikan puing , berbumbungkan debu .
mana pergi kipas angin dulu .
semuanya kehilangan . 

di sudut lainnya , 
bayi kecil teriak kelaparan .
anak soal bimbang pada bunda yang jasadnya separuh mati .
'' ibu kenapa pakcik tembak nenek ? ibu kenapa ibu ? ''

jauh di sudut lainya ,
dirangkul erat tubuh ibu yang suatu ketika dulu membalas pelukan anak kesayangan . 
tidak sedikit pun mengerti apa-apa . 

dan aku disini terkedu tak tahu mahu dibahas apa lagi .

aku ,
rasanya semakin berkembang dunia kita , 
semakin cetek nilai kemanusiaan kita .
projektil dicipta , kematian berganda .
perang sini sana , mayat telanjang hina . 

seolah bayi dihidupkan untuk dimatikan dengan jahilnya . 
seolah burung dicipta untuk makan daging manusia .

aku , 

aku di sini malaysia ,
hanya mampu berdoa dan meminta ,
hentikan ini semua . 

Tuesday, 23 July 2013

anak kecil yang diteriakkan ?

benci betul dengar jiran belakang rumah asyik menjerit dekat anak yang berusia tiga-empat tahun .
sikit-sikit ashley-ashley , noo , heiii dan bla.bla.bla ..

tak faham apa yang ada dalam otak mereka .
nak dikatakan sedang didik anak agar jadi yang terbaik di hari akan datang , i dont think so .
nada suara tu agak nyebelin gitu loh .

sedap aku tidur mimpi panjat pokok kelapa ,
tiba-tiba gedebushh jatuh gara-gara suara nyaring langsuir di pagi hari .
pelik betul cara didikan anak orang tua satu ini.

nak dikatakan lepas tangan , tak juga .
autoritatif , hmm lagi lah tidak .
indulgent kot , tapi teguran yang tersangat melampau juga bukan .
kuku besi , oh mungkin bukan mungkin , tersangat ya .

serius , 
gaya dia sikit tak tersenarai dalam jenis didikan dalam ilmu kemanusian .
jahanam aku rasa .

dan nak dikatakan orang tua bodoh , tak juga .
sebab asik jerit melolong anak dia dalam bahasa orang putih .

apa lagi ?
haih ...

bukan dia seorang saja yang jerit ,
ni ha .. lagi satu asau yang mengasuh anak orang sebelah rumah aku .
bukannya anak rahim dia pun nak ditinggikan suara .

sakit hati aku dengar , tahu ?
yang paling menyakitkan .
oh pasti ini bukan diada-adakan , 
kerana setiap apa cerita jiran aku dengar dengan baik ,
yala kan , suara kalah ziana zain kedua di ujibakat akademi fantasia .

budak tu bukannya tahu sangat apa dibuat dia tu salah apa benar .
ini asyik diteriak saja ,
mana tak frust menonggeng budak tu .
jawapan dia , 
ah nangis la ungek-ungek anak tu ,
dia ikut pokpekpokpek konon nak bagi diam .

apelah otak tu ,
dah budak tu nangis tersedu-sedu sampai terbatuk ,
usaplah kepala , belai belakang dia , gendong bawa jalan diam kan dia .
ni tidak , disepak dengan suara lagi di telinga .
manalah tak bedesing telinga budak tu .

dan satu lagi ,
budak tuh bukannya ada presbycusis pun nak dijerit-jerit .
ee tak faham sungguh aku .
sakai ka apa orang tua tu ?

bodoh dan bodoh ,
hanya tu ja yang mampu aku kata .

sampai kan ke waktu siang sekitar satu hingga lima pm itu ayahanda aku tidur pun masih juga kedengaran  suara kuntilanak yang mengamuk gara-gara mencari anak , pasti ini bukan ngilai ini gila !

hairankan ,
sebelum ni , asyik ditontonkan tv kunti yang mengilai mencari anak dia .
kali ni pula bukan anak lagi dicarinya ,
tapi dicari anak orang yang tiada lidahnya .

kadang dengar saja suara mereka yang nyaring , mengumpat terus dengan bonda .
paling tidak ,

'' apa lah dia tu , nda pandai jaga budak kaa ? bodoh . budak pun mau diteriak-teriak , bikin highblood ba , hilang sabar ku nanti aku yang teriak sama dia ...

'''' antyyyyyyyy , bolehhhh ddiiiiiaaaammmmmm ttaakkkkkk antyyyyyy , bingittt telingaaa akuuu dengarrrr asyikkkk-asyikkkk jeritttttt !! ''''

haihh ,
nasib badanlah tinggal berdekatan dengan artis suara tinggi tak laku ni .

cuma ,
kalau saja ada darah dia yang membaca ,
ini yang aku mahu sampaikan .
oh , gaya percakapan dan bahasa ala-ala kaunselor gitu , *bayangkan !

'' erkk anty , tahukah anty cara didikan anty tuh salah sebenarnya . adik ni kecik lagi anty , saya rasa cara anty ni salah . bukannya menjerit macam tu anty . kalau pun adik ni salah atau mungkin adalah sedikit membebankan bahu anty , janganlah dijerit pukul , apa lah salah dia . otak dia pun tak berkembang lagi anty . dia sikit tak tahu apa itu right or wrong , betul atau salah dan dui o chuo . ''

dan cuma ini saja yang mahu aku ingatkan ,

'' jangan asyik nak ditengking-jeritkan budak kecil yang entah dimana silapnya , kerna di esok hari bila kau sudah membongkok tua , giliran budak yang dulunya kecil pula yang menjerit dekat kau . bahkan mungkin lebih teruk kau dimaki-hina lagi . ''

dan bila waktu itu tiba , jangan pula nak dikata dia anak durhaka .
dan jangan diungkit kau lupa aku jaga kau dulu .
dibalas dia , dan kau juga dulu buat aku begitu .

ini realiti , bahkan fakta psikologi kata ,

kalau bapa penghisap dadah ,
tak hairan kalau anak dah besar pun jadi penagih dadah ..

elok sangatlah pribahasa ,
'' bapak borek , anak rintik . bapak pengedar , anak penagih ''

chow !

Monday, 22 July 2013

masa depan itu masa silam .

bila diingat cerita orang kita ,
masa silam selalu dijadikan senjata untuk menjatuhkan orang .
entah , aku pun tidak tahu kenapa perlu mengungkit cerita yang sudah lapuk .
bahkan kadang cerita lama itu sudah berkurun tertimbus dengan alkisah yang novel atau baru .
tapi , masih juga ada diantara tangan yang gatal untuk menggali cerita itu ,
yang pasti , a-imnya untuk membogelkan orang itu .

arh !
aku benci .
bukan sebab cerita aku dihebah-kotorkan lagi meski dulu juga pernah dibocorkan perempuan tua yang usulnya memang pencerita garis tangan kehidupan orang .
tapi cerita ini berkisahkan orang disekeliling aku .

sering kali telinga bersaiz sederhana ini mendengar tomahan orang hanya disebabkan oleh masa silam mereka yang aslinya memang sial dan jahanam bahkan kadang kalau kau dengar juga hati dan akal pasti berkata celakanya engkau .

tapi ,
cuba difikirkan lebih jauh ke hadapan ,
dan kalau perlu reverse ke belakang biar sedikit .

apa kau tahu cerita di masa lalu nya ?
apa kau tahu hari yang dilaluinyaitu seperti apa ?
dan apa kau tahu rasanya menjadi dia di hari lalu ?

tidak ,
sedikit pun engkau tidak merasa ,
kerana yang difaham engkau cuma dia itu seperti sampah yang tiada nilainya .
bukan begitu ?

cuba fikir sejenak cuma ,
meski jijik dan kotor kehidupan dia yang lalu ,
sekurang-kurangnya di kehidupan yang sekarang dia sedang maju .

cewek yang dulunya berusia duabelas sudah kehilangan dara dan rosak disekitar kehidupan ke-limabelasnya kini sedang baik-baik dan menjadi orang yang berjaya .
lelaki pra-perempuan yang dihina-ejekkan kini menjadi usahawan rojak yang berjaya .
si penghisap nikotin dan kemaruk pil kuda kini sudah berjaya dan pulih sepenuhnya bahkan menjadi salah satu individu yang banyak menyumbang kepada mereka yang tak mampu .
dan seorang perempuan yang dulunya bodoh menoreh setiap cebisan kulitnya kini sudah berjaya menjadi pengubat jiwa yang rapuh kepada mereka yang jatuh .

apa kau nampak itu ?
kau tak nampak , sikit tak nampak .
kerna yang kau nampak hanyalah kekotoran di celah bibirnya !

dan kenapa perlu memburukan lagi keburukan orang ,
apakah kerana kamu atau kalian merasakan diri kalian sudah cukup kainnya untuk telanjangkan orang lain ?
atau apakah kerana kalian menganggap kalian itu sudah sesuci kain putih untuk mentertawakn kekotoran orang ?

come-on .

aku juga punya masa lalu yang sial dan jahanam ,
aku hisap nikotin , minum air terlarang , lihat secara langsung kawan hisap dadah , dan macam-macam lagi .
tapi aku tidak kisahkan itu , dan mereka yang dulu rosak bersama ku juga sedang maju , seperti aku .
bezanya ada diantara mereka sudah bekerjaya dan aku masih bersekolah , mengejar cita-cita .

tapi kamu ?

ah , aku tidak tahu lagi mahu diubah bagai apanlagi fikiran kamu .
kalau saja aku punya alat kawalan jauh yang boleh kawal jalan pemikiran ,
pasti saja aku ubah kepada yang baik saja .

cuma ini ,
pesan ku buat kamu si pencerita celaka orang .

" dan jangan pernah sesekali engkau menelanjangkan mereka hanya kerana masa silam mereka , kerana di masa yang akan datang , itu juga akan menjadi masa silam mu , manusia . "

kita tidak tahu dan sikit pun tidak tahu menahu akan masa yang akan datang .
mungkin saja sekarang kau selamat dengan keadaan diri mu ,
tapi di masa depan , mungkin saja kau si penghisap dadah .

you got it ?

sebab bagi aku .
hidup ni umpama cermin ,
setiap apa yang dikata kita akan dilantun kan semula pada diri yang mengata .
atau senang kata , refleksi !

akhir kata ,

never takk bullshit about other's past ,
cause soon their past will be your future yet your past !

ikhlas ,
perempuanmatacoklat .

Sunday, 21 July 2013

seperti burung kakak tua .

burung kakak tua itu cantik ,
pandai bersuara dan turut setiap kata tuan dia .

tapi sayang ,
sedikit pun tidak tahu-menahu erti perkataan yang disebut dia .

seperti kotak rakaman yang berpenjuru empat ,
keep on playing and pause then stop yet replay it again and again .

dan pastinya ,
itu perumpamaan segelintir jenis orang .

yang dilakukannya cuma ,
mendengar ,
menganggukkan kepala ,
dan mengiyakan segalanya ,
walau tidak dan meski tahu diri sedang diperguna ,
diperbodoh dan dipermain umat dayus yang bertopengkan mulia .

* mengeluh dan tunduk .

cuma ,

what else i can say if u choose that kind of life , kan ?

just ,

you don't deserve it , at all .

dan jikalau boleh ,
diberi kesempatan untuk membuka sangkar tidak berkunci itu ,
bebaskan diri mu .

biar bisu jangan bodoh .

Saturday, 20 July 2013

bilang hati yang tidak bersudut ini .

sedang membelek nota lama dalam facebook , dan terjumpa ini .
yang pasti ,

suatu ketika dahulu ,
august 18 , 2011 , 6.03p.m ,
aku benar-benar mahu dimengerti butuh nafas !

hey,
saya butuh nafas ,
saya butuh cahay ,
saya butuh CPR dari kami ,
ya , kamu , kamu .

saya butuh nafas itu ,
hanya untuk beberapa jam cuma ,
sekarang ,
beri kesempatan , untuk saya berdiam ,
diam di sini .

sedihnya , menangis saya .
diingkari sekali lagi janji dan sumpah hati tak akan menangis lagi .
menangis lagi , malam ini .
bukan ! bukan disengajakan , cuma .
mata ini tak tertahan seperti hati yang dapat ditahan tusukkan .
dan air mata ini bukannya dibuatbuat dan bukannya sesuatu yang sering direncanakan hanya untuk mengubah sesuatu yang terang itu menjadi suram .
bukan .

kata kalian , menangis itu bagus bukan ?
menangis itu boleh menenangkan hati , melegakan jiwa , membuang dan mengurangkan mikroorganisma di mata dan , menangis itu boleh membuang beban mental yang terhitung kira .
dan sekarang , sedang saya buktikan , air mata , air mata .

banyak yang ingin saya bicarakan , luahkan , katakan ,
banyak yang itulah sedang saya fikirkan ,
diperah otak memikirkan cara ,
diseksa urat , saraf merana .
tentang aku , kamu , kita , dia dan mereka ,
tentang kita semua .

dan , kekadang , kata kamu semua benar belaka ,
'' kamu , tak usah memikirkan sesuatu yang tak harus kamu fikirkan ''
tapi kerna hati ini terlalu keras dan terlalu batu ,
dipaksa juga hati dan jiwa ini sampai terluka , dan ianya berdarah .

saya , saya , saya seharusnya tidak perlu memikirkan benda itu ,
benda yang tidak harus saya fikirkan ,
tapi kerna fikiran dan hati ini terlalu tinggi firasat dan imaginasi ,
itu semua terbolos , tak terkontrol ,
dan itu semua datang sendiri , 
tetiba tidak diundang tak juga dirancang .

cuma , 
saya mahu ,
dimengerti dan difahami hati , perasaan dan jiwa ini .
dilihat aku dengan mata , diperhati aku dengan bicara .

satu saja ,
bilang dan mohon hati ini ,
ditolong , dirayu berbicara dan fahamilah hati dan mata ini agar dimengerti .

atau mungkin kerana ,
mata dan bibir ini terlalu asing sehingga kamu tidak dapat mengerti ?

Monday, 15 July 2013

there's no law in my literature , thank you .

ada orang kata aku bodoh ,
bahasa aku buruk , teruk .
berbelit bikin sakit kepala .

sebenarnya ,
aku tidak minta untuk dimengertikan bahasa aku ini .

penulisan meski ada undang-undang dalam tatabahasa ,
dengan kata kerjanya ,
semantik-fono-mononya ,
tanda seru soal noktahnya ,
aku sikit tidak kisah .

ini tulisan aku , karya aku .
tiada undang-undang dalam penulisan aku .

tulisan aku berbaur peribadi dan sifat aku .
juga terkadangnya berbaur emosi .

yang terdalamnya terselit makna yang sukar untuk dimengertikan .
dan aku mahu itupun kalau ada yang membaca itu mengerti mahu aku .

disengajakan aku untuk menulis dan hasilkan kata berbelit begitu ,
saja aku mahu siksa otak yang membaca ,
kerana aku berpegang pada satu ayat ini .
kalau saja otak itu berhenti bekerja , pasti berkarat .
a-imnya , mahu orang berfikir apa sebenarnya yang mahu disampaikan aku .

tapi ,
bukan semua yang kata dan berfikir aku bodoh .
juga ada yang kata aku bijak .
sedarah aku , katanya seperti ini .

'' orang itu adalah saudara terdekat santo yang juga seorang penulis blog yang hebat . tahap penulisannya lebih hebat daripada santo . sememangnya santo tidak boleh menandinginya . kata-katanya juga sinis dan siapa yang makan cili kompom makan gula . ''

pujian yang jarang aku terima .
bukan semua boleh terima kata kita ,
sebabnya sepeti yang sudah dikata aku di entry bawah itu .
kita bukan dari telur dan berudu yang sama .

last but not least ala orang putih gitu ,

bahasa itu membawa refleksi pada keperibadian satu jasad itu .
ya begitulah aku .

apa-apa pun ,

kalau kau tak boleh terima gaya aku , tutup dan pergi .
there's no law in my literature ,
thank you .




cerita hidup tak sama .

sering saja telinga aku dengar keluhan orang mengenai hidup mereka .
dari buruk menjadi teruk , dari gerun menjadi seram .
belum lagi terdengar rasa bersyukur dan nasib dengan kehidupan mereka .
sebenarnya ada , tapi sikit .
dalam sepuluh peratus itu mungkin saja 1 .

aku juga ,
hidup aku dulu bukannya seperti mereka-mereka .
mahu dikatakan kasih sayang itu , 
kau boleh kira rasa itu sebesar mana .
tapi itu dulu , malas mahu diungkitkan .
kerananya aku kalau boleh beli pemadam yang boleh padam masa silam aku ,
beratus sanggup aku beli , tapi tiada .
bolehnya dibuat aku cumalah ,
terima dan ambil kisah silam yang memeritkan itu sebagai pegalaman yang berisi pengajaran .

fahaman aku tentang hidup .
kita bukan dari telur dan berudu yang sama .
jadi ceritanya pasti berbeza , 
ya seperti warna kulit , rambut dan hati kita .
mungkin saja ada segelintir kita sama , 
tapi selebihnya itu tiada yang sama .
meski kembar juga tidak sama walau monozygotic kategori nya . 

ada saja cerita perit indah dalam hidup setiap jantung .
ada saja titisan air mata jantina yang berbeza .
ada saja rintihan dan aduan dari mulut berbagai bentuknya .
dan ada saja yang kurang organ-jasadnya .

begitulah . 
bukan semua yang merasa hidup itu bahagia .
setiap bahagia ada derita dan setiap derita ada terselit juga kebahagian meski sedikit .
percayalah .

akhir kata .

bukan semua keluhan kita dilayan orang ,
meski ia didengar ,
tapi tiada yang mampu mengubah hidup kita melainkan kita sendiri mengubah ia .
dan hidupkan hidupmu meski ia mati .

tuhan juga tidak akan membantu mu mengubah ,
malah dia hanya menurut seperti apa mahu mu . 

live life to the fullest saja orang putih kata .




teguran yang garau ?

bukan kebelakangan ini lagi ,
tapi sememangnya sejak kecil lagi .
tapi sebenarnya tadi ,
aku bercerita kecil dengan bonda ku ,
soal tegur-menegur .

baiklah ,

telinga ini sering dengar pelbagai versi teguran ,
ada baik , lembut dan kadang kala berbentuk jeritan .
yang pastinya aku sudah lali .
lali yang kadang bikin aku jadi pekak dan buta dengan teguran .

awalnya ,
aku boleh terima teguran-teguran orang .
tapi memilih .

maksud aku ,
teguran yang sedap didengar telinga , aku telan .
dan teguran yang jelek di terima telinga , aku muntahkan selesai aku dengar .

paling dibenci aku bila ada teguran berbentuk jeritan .
atau mungkin lebih difaham-ertikan tengkingan .
yang mana nada bila dikeluarkan akan membunuh setiap kuping yang mendengar .
lantas menimbulkan rasa meluat dan benci yang bawa kepada pemberontakan dalam jiwa setiap insan .
pastinya salah satu itu aku .

sebenarnya aku benci ditegur orang , meski tahu salah aku .
cuma benci itu timbul bila teguran itu kasar , garau dan terlalu nyaring .
pasti saja bila didengar anak kecil juga kecut hati terbangun tidur .
juga bukan dengan telanjangkan orang yang ditegur itu .
seolah kau sedang ketawakan dengan keterjatuhan dia .
itu bullshit namanya .

cuma ,
satu aku minta * nyatanya tiada yang tahu pun mungkin kau yang sedang baca .

tegur dengan cara yang baik , bukannya dengan menengking , sakit hati terima .
jangan sampai disesalkan bila ada jiwa-hati kecil yang memberontak .

ok .
terima kasih .

Wednesday, 3 July 2013

kau , eh ?

kau ada masalah jiwa eh ?
aku pun ada , tapi tidak lah sesakit engkau yang sanggup buat apa saja untuk dapat perhatian .

kau kurang kawan eh ?
aku pun sama , kawan aku boleh kau kira dengan jari ,
tapi serius , kalau pun digabungkan kesepuluh-sepuluh jari kaki tangan aku pun tidak lebih .

kau gila eh ?
aku pun gila juga , tapi tidak lah segila engkau yang gila siok sendiri dengan setiap kata kau .

kau ambik pil eh ?
aku pun ambik juga , tapi bukan pil ecstasy macam yang kau ambil tu .
yang punya aku tu pil nama prozac , untuk tenang dari sakit yang aku rasa , seolah bius .
bukan macam kau , untuk khayal , gila .

kau kurang kasih sayang eh ?
aku pun sama , tapi aku masih hidup walau kasih sayang aku rasa kurang ,
tak lah macam kau , kurang kasih sayang sikit melalak melolong meracaw .

kau perlu teman eh ?
aku pun perlu juga , tapi tidak lah sampai reka cerita untuk dapatkan teman .

kau harap ada yang mengerti engkau eh ?
aku pun sama , tapiiiii
aku malas mahu berkata panjang lagi ,

cuma ini ,

kau , aku , kita , dia , mereka , kita semua SAMA .
tiada yang beza " kau "

kau mahu kan perhatian , kawan , teman , kasih sayang , cinta , belaian , ubat penenang itu semua ada ,
dan kalau pun tiada , kau boleh minta dari aku .
aku bagi semampu aku .
aku kasih sekuat aku .

tapi kau jangan begitu eh ?
jangan kerap gila eh ,
sebab aku kasihan .
kasihan yang berisi kebencian .

maaf !

* aku sedang tidak ikhlas .

you got it ?

nilai kita pegang dalam hidup , 
cuma ada dua ,
murah , mahal .

murah boleh diklasifikasikan sebagai pemurah . 
tambah saja imbuhan pe depannya . 
maksud , cari dalam kamus sendiri .

mahal pula boleh ditakrifkan seolah kedekut .
sepertinya setiap empunya dia itu mahal berjuta ,
mahu dipinjam lantas mulut melenting ahhh !

cuma , 
mahu dikata aku ,

ini saja . 

kedekut tak sampai ke bintang ,
pemurah sampai ke bulan .

u got it ?

Tuesday, 2 July 2013

kembali menaip .

untuk sekian lama , perempuanmatacoklat mendiam diri .
almaklum , otak malas memikirkan susunan tatabahasa untuk hasilkan kata-kata mewah .

tapi kini , akan kembali menaip lagi .
mungkin di sini , juga mungkin bukan , tapi di sana .
laman baru yang tajuknya sendiri mahal menunjukkan peribadi diri .

ini ,

http://lastikbibirbiladikonfrontasi.blogspot.com

kalau berani , kesini kemari ,
jenguk aku di laman baru .

meski ku tahu , tidak ramai yang membaca .
tapi sekadar berkhayal anggap pembaca bersiri itu ada .