ada orang kata aku bodoh ,
bahasa aku buruk , teruk .
berbelit bikin sakit kepala .
sebenarnya ,
aku tidak minta untuk dimengertikan bahasa aku ini .
penulisan meski ada undang-undang dalam tatabahasa ,
dengan kata kerjanya ,
semantik-fono-mononya ,
tanda seru soal noktahnya ,
aku sikit tidak kisah .
ini tulisan aku , karya aku .
tiada undang-undang dalam penulisan aku .
tulisan aku berbaur peribadi dan sifat aku .
juga terkadangnya berbaur emosi .
yang terdalamnya terselit makna yang sukar untuk dimengertikan .
dan aku mahu itupun kalau ada yang membaca itu mengerti mahu aku .
disengajakan aku untuk menulis dan hasilkan kata berbelit begitu ,
saja aku mahu siksa otak yang membaca ,
kerana aku berpegang pada satu ayat ini .
kalau saja otak itu berhenti bekerja , pasti berkarat .
a-imnya , mahu orang berfikir apa sebenarnya yang mahu disampaikan aku .
tapi ,
bukan semua yang kata dan berfikir aku bodoh .
juga ada yang kata aku bijak .
sedarah aku , katanya seperti ini .
'' orang itu adalah saudara terdekat santo yang juga seorang penulis blog yang hebat . tahap penulisannya lebih hebat daripada santo . sememangnya santo tidak boleh menandinginya . kata-katanya juga sinis dan siapa yang makan cili kompom makan gula . ''
pujian yang jarang aku terima .
bukan semua boleh terima kata kita ,
sebabnya sepeti yang sudah dikata aku di entry bawah itu .
kita bukan dari telur dan berudu yang sama .
last but not least ala orang putih gitu ,
bahasa itu membawa refleksi pada keperibadian satu jasad itu .
ya begitulah aku .
apa-apa pun ,
kalau kau tak boleh terima gaya aku , tutup dan pergi .
there's no law in my literature ,
thank you .
No comments:
Post a Comment