Monday, 22 July 2013

masa depan itu masa silam .

bila diingat cerita orang kita ,
masa silam selalu dijadikan senjata untuk menjatuhkan orang .
entah , aku pun tidak tahu kenapa perlu mengungkit cerita yang sudah lapuk .
bahkan kadang cerita lama itu sudah berkurun tertimbus dengan alkisah yang novel atau baru .
tapi , masih juga ada diantara tangan yang gatal untuk menggali cerita itu ,
yang pasti , a-imnya untuk membogelkan orang itu .

arh !
aku benci .
bukan sebab cerita aku dihebah-kotorkan lagi meski dulu juga pernah dibocorkan perempuan tua yang usulnya memang pencerita garis tangan kehidupan orang .
tapi cerita ini berkisahkan orang disekeliling aku .

sering kali telinga bersaiz sederhana ini mendengar tomahan orang hanya disebabkan oleh masa silam mereka yang aslinya memang sial dan jahanam bahkan kadang kalau kau dengar juga hati dan akal pasti berkata celakanya engkau .

tapi ,
cuba difikirkan lebih jauh ke hadapan ,
dan kalau perlu reverse ke belakang biar sedikit .

apa kau tahu cerita di masa lalu nya ?
apa kau tahu hari yang dilaluinyaitu seperti apa ?
dan apa kau tahu rasanya menjadi dia di hari lalu ?

tidak ,
sedikit pun engkau tidak merasa ,
kerana yang difaham engkau cuma dia itu seperti sampah yang tiada nilainya .
bukan begitu ?

cuba fikir sejenak cuma ,
meski jijik dan kotor kehidupan dia yang lalu ,
sekurang-kurangnya di kehidupan yang sekarang dia sedang maju .

cewek yang dulunya berusia duabelas sudah kehilangan dara dan rosak disekitar kehidupan ke-limabelasnya kini sedang baik-baik dan menjadi orang yang berjaya .
lelaki pra-perempuan yang dihina-ejekkan kini menjadi usahawan rojak yang berjaya .
si penghisap nikotin dan kemaruk pil kuda kini sudah berjaya dan pulih sepenuhnya bahkan menjadi salah satu individu yang banyak menyumbang kepada mereka yang tak mampu .
dan seorang perempuan yang dulunya bodoh menoreh setiap cebisan kulitnya kini sudah berjaya menjadi pengubat jiwa yang rapuh kepada mereka yang jatuh .

apa kau nampak itu ?
kau tak nampak , sikit tak nampak .
kerna yang kau nampak hanyalah kekotoran di celah bibirnya !

dan kenapa perlu memburukan lagi keburukan orang ,
apakah kerana kamu atau kalian merasakan diri kalian sudah cukup kainnya untuk telanjangkan orang lain ?
atau apakah kerana kalian menganggap kalian itu sudah sesuci kain putih untuk mentertawakn kekotoran orang ?

come-on .

aku juga punya masa lalu yang sial dan jahanam ,
aku hisap nikotin , minum air terlarang , lihat secara langsung kawan hisap dadah , dan macam-macam lagi .
tapi aku tidak kisahkan itu , dan mereka yang dulu rosak bersama ku juga sedang maju , seperti aku .
bezanya ada diantara mereka sudah bekerjaya dan aku masih bersekolah , mengejar cita-cita .

tapi kamu ?

ah , aku tidak tahu lagi mahu diubah bagai apanlagi fikiran kamu .
kalau saja aku punya alat kawalan jauh yang boleh kawal jalan pemikiran ,
pasti saja aku ubah kepada yang baik saja .

cuma ini ,
pesan ku buat kamu si pencerita celaka orang .

" dan jangan pernah sesekali engkau menelanjangkan mereka hanya kerana masa silam mereka , kerana di masa yang akan datang , itu juga akan menjadi masa silam mu , manusia . "

kita tidak tahu dan sikit pun tidak tahu menahu akan masa yang akan datang .
mungkin saja sekarang kau selamat dengan keadaan diri mu ,
tapi di masa depan , mungkin saja kau si penghisap dadah .

you got it ?

sebab bagi aku .
hidup ni umpama cermin ,
setiap apa yang dikata kita akan dilantun kan semula pada diri yang mengata .
atau senang kata , refleksi !

akhir kata ,

never takk bullshit about other's past ,
cause soon their past will be your future yet your past !

ikhlas ,
perempuanmatacoklat .

No comments:

Post a Comment