Monday, 29 July 2013

dikhabarkan pergi .

dikhabarkan ada yang pergi .

kelu , diam .

aku sebenarnya tak tahu mahu berkata apa .
hanya mampu diam .

dalam hati ,
kata dan harapan kecil yang tak terdengar ,

'' semoga kau tenang di sana , kawan . ''

aku ,
sejujurnya ,
belum pernah didepankan dengan cerita kematian .

mayat tak bernyawa depan mata ,
mata tertutup lena takkan pernah terbuka ,
peristiwa kotak panjang berisi insan yang dulu hidup kini ditimbus tanah .

aku tak pernah ,
dan harap dilambatkan waktunya ,
karna aku masih tak mampu untuk hidup meski ada dua kaki dan tangan melengkapi diri ini .

aku ,
seperti dikhabarkan di atas ,
kosong .

titis permata juga tiada .
aku sendiri dalam kekosongan mahu dirasa apa hati ini .
yang aku mampu ,

cumalah ,

semoga yang pergi dan ditinggal pergi itu sentiasa mendapat tempat yang baik .



No comments:

Post a Comment