semalam ketika umat manusia lena sampai ke bulan , aku masih tersedar bergurau bicara dengan insan di kejauhan sana . katanya bonda terlihat gambar bersama lalu dikata dengan perempuan pra-lelaki juga mahu !
ops ! . terkedu , dan hati ada terguris sedikit bila orang berkata begitu . sememangnya kenapa ? salahkah bila aku orang jantina perempuan berambut pendek ? hairan !
rasa tidak puas hati itu menjengah tiba , lalu segera lihat dalam cermin diri . apa yang bikin mulut manis manusia berkata aku ''tomboy'' .
rambut ? ya , pendek , tapi masih kelihatan seperti perempuan .
cara aku gerakkan panjang aku untuk melangkah ? macam lelaki ? sedikit mungkin , ganas . itu sudah cara aku berjalan . mahu diubah bagai apa lagi ?
entah ! mungkin ada sesuatu yang dilihat mata itu yang aku dikata tomboy . .
''boy or girl'' perkataan itu masih terngiang di kuping dan masih berlegar di akal fikiran aku . pasti ada sesuatu yang bikin mereka berbicara begitu . kalau saja boleh dibaca detik itu . ahh !
lalu , penat saraf otak aku berfikir akan tanda soal yang bermain di fikiran , aku tanya orang kuat dalam hidup , sungguh kah aku tomboy , sungguh kah aku persis pra-lelaki hanya karna helaian rambut aku pendek tak ke bahu . hmmm . jawapan aku terima itu bikin aku sedikit pun tak merasa sangsi kenapa mereka berkata begitu . ini kata dia .
'' kau tidak , cuma mungkin peribadi dan perwatakan yang kau bawa itu bikin mereka berkata begitu . kau wanita kau tetap akan wanita sampai tua , bezanya kini kau pilih untuk kelihatan fizikal kau pra-lelaki , ganas lagak kau seperti adam , gaya kau samseng , aku lihat kadang jadi takut . tapi apa mereka tahu , tak usah dilayan apalagi difikir kenapa dikata diri kau begitu . cukup anggukkan sahaja kepala mu dan berkata iya . biarkan mereka dengan fikiran mereka . '' ( sebenarnya bukan begini cara jawab nya , aku ubah biar ayat belit ala sastera ) heh !
bila di fikir dan direnung lama , ada benar katanya . mereka suka melihat pada luaran , cukup kau lihat rambut pendek lantas dikata lelaki , tomboy dan segala macam yang buruk . kadang hati panas rasa membara mahu marah , tapi diam saja . biar , biar saja . satu hari nanti aku pasti akan jadi wanita dan kau pasti akan jilat semula kata kau aku bukan tomboy .
* pra-lelaki pun aku seksi . sebab tuhan kasih !
No comments:
Post a Comment