Saturday, 28 April 2012

sahabat tidak kawan ya .

dalam hidup , harus dan wajib punya kawan apalagi sahabat . bagi aku , kawan itu kawan biasa yang boleh dikongsi dicerita apa sahaja tapi ada had nya . tapi sahabat pula , dikongsi dicerita segala-galanya , belangkas namanya , kadang sahabat mirip wajah .

aku ? sahabat ? tidak  , bahkan tiada . kalau mungkin jua ada , aku tidak mahu mengaku miliki sahabat dulu . percaya aku lalu sahabat segalanya . tapi bila diharungi bersama sahabat , bermacam helah , aku mula mengalah dan tidak mahu percaya apalagi tunduk dengan kata sahabat itu . . sahabat itu bukan jahat , mereka baik . tapi bagi aku , bila terikat dengan sahabat yang satu dan rapat dengan yang lain , hati jadi terguris bahkan ada timbul rasa cemburu yang kelamaannya menjadi benci . * jujur , aku benci sahabat yang aku pernah sayangi dulu , titik . aku pembenci. apa kau kisah ?

awal kisah persahabatan yang aku alami dulu indah , indah macam pelangi yang hadir nampak-kan diri di setiap hujan basahi bumi . begitu indah persahabatan aku dulu . semuanya dikongsi dicerita dan semuanya dilalui bersama , senang susah gembira duka hidup aku dia tahu . seolah ada satu rasa ikatan yang mengalir dalam jiwa kami . kembar tidak tapi rasa itu ada . persahabatan dulu aku pernah miliki , orang perempuan , 4 orang .  tapi , lama-lama , sahabat itu mula jadi lawan . timbul rasa benci membenci , dengki mendengki , kutuk mengutuk bahkan maki memaki . dari saat itu , aku mula tidak percaya lagi perkataan sahabat apalagi ''best friend forever '' . itu semua tipu itu semua palsu . mungkin aku terlalu paranoid dengan rasa benci sampai mati , sebab itu aku begitu .

tapi , hey tapi . aku percaya kawan . walau kadang jadi lawan , aku tetap akan senyum dan layan macam biasa , beza dengan sahabat aku jadi segan dan malas bercakap , pandang juga tidak . kejam aku tahu . hah ! kawan ? aku banyak kawan , boleh kira dengan jari kaki tangan , sikit saja lagak banyak . biasa , aku juga mahu banyak kawan . aku suka berkawan , biar buruk kawan itu biar baik kawan itu , aku tetap mahu . kau tahu ? aku ada kawan , perosak , penagih , dan semua yang buruk . tapi apa aku kisah , aku cuma mahu kawan , aku cuma mahu kenal kawan kenal hidup kawan , bukan mahu ambil kesempatan . begitu aku , sesiapa aku kawan lain rasa dari mula lihat aku benci aku tak layan .

begini , aku teringat akan kawan lelaki yang ku jumpa waktu di lahad datu dulu , lama kami jalin hubungan kawan itu , mungkin sudah empat lima tahun , aku lupa , bukan lupa cuma kurang kepastian angka bila. aku jumpa dia , dari situ aku kenal kawan benar kawan palsu , yang ada tiada waktu aku mahu . ini boleh aku rasa kategori orang gelar sahabat , tapi aku tak mahu sahabat , sahabat itu penipu . aku tetap mahu kawan , kawan yang boleh ada selamanya , sampai tua . tidak seperti sahabat palsu hilang bila-bila . aku tak kisah kawan yang hilang-hilang datang bila-bila . sebab tiada perikatan yang sah seperti sahabat yang sudah bermanis mulut janji selamanya sahabat .

tapi sayang , ramai tak suka aku , tak suka kawan aku . sebab kata orang aku sombong bila mereka mahu berkenalan . aku tanya , macam mana tidak sombong kalau kau panggil aku woi kau panggil aku macam bunyi tikus , aku ada nama kalau tidak tahu tanya . susah punya orang luar yang gatal mulut teriak nama sembarangan , itu aku malas layan .

sombong tak sombong , kenal aku dulu baru kau tahu aku . .

hujung cerita , kawan itu biasa , tapi biasa itu terindah . titik .

No comments:

Post a Comment