kadang ,
aku mahu tamatkan sendiri riwayat hidup aku .
kadang ,
aku mahu sendiri menetapkan lurus liku hidupan aku .
kadang ,
sendiri aku mahu jalani kehidupan aku .
sendiri tanpa siapa di sisi aku .
kadang ,
aku tertanya mengapa dan kenapa .
kehidupan aku tidak seindah orang disekeliling aku .
yang bahagia dengan insan terdekat .
kenapa tiada aku rasa begitu .
kadang ,
di sudut terdalam hati aku ,
ku titipkan noktah harapan ,
beri aku sedikit rasa kebahagian .
beri aku rasa sayang dan cinta ,
rasa yang tulus dari hati .
tapi , aku ,
tiada yang ku terima itu ikhlas .
terlalu banyak penipuan ,
terlalu banyak lakonan dan kepura-puraan .
aku tahu ,
bukan siapa aku mahu meminta keikhlasan ,
cuma , rasa hati aku sering dipergunakan .
mereka ,
seminit dua baik , seminit lima jahat .
aku terkadang kecewa dilayan begitu .
patut layak aku orang gelar boneka .
tapi tak mengapa , asal hati aku ikhlas menerima .
No comments:
Post a Comment