Friday, 27 April 2012

gitar jiwa aku .


orang lain , jiwa mereka beza-beda dengan aku . selain menulis dan menaip , aku suka main alat muzik , utama sekali gitar . jiwa aku gitar , gitar jiwa aku . bagi aku , muzik dari alunan gitar adalah segala-galanya . ia penyeri pada hidup aku , ia penyedih jalan hidup aku . ia sahabat aku . bagai nak mati tiada ku petik tali gitar sehari .

itu gitar merah kapok lama milik abang aku . aku tidak miliki gitar , tapi ku punya cita-cita . ingin miliki gitar sendiri . terlekat abjad '' aku psiko '' atas kapok itu . dan terukir c.h.i.n.t.a s.a.t.u dengan pisau aku kikis di atas itu . lihat , angan dan khayal aku tinggi , kau tak mampu tandingi aku .

dengan gitar , aku mampu cipta puisi dan lagu . walau mungkin tidak seindah artis negara , tapi cukup faham aku seorang . alunan petikan gitar dari  jari aku itu bikin aku menangis tersedu-sedu , kadang dari situ aku peroleh ilham dan kekuatan untuk terus melangkah dan lalui hari-hari aku .

tahu kamu ? bunyi dari gitar itulah cerita jalan liku dan ceritera chinta aku . tiada yang tertunggak , tiada yang tersembunyi . aku suka rahsia rasa aku , aku suka simpan dan pendam perasaan aku . tapi aku luah dari lagu . sayang orang tak pernah tahu bahkan tak pernah mahu rasa dengan isi hati aku . 

suara ? aku tak merdu . hodoh , buruk . pernah seorang manusia sedarah berkata , suara kau kecil , tak padan badan kau yang besar . dari situ , aku malu-malu untuk menyanyi . tapi , bila fikir lama , untuk siapa aku menyanyi . bukan untuk manusia , tapi untuk aku , untuk alam milik tuhan juga untuk tuhan seorang . . 

titik , aku suka gitar , bahkan mungkin sampai mati aku tetap melekat pada gitar . muzik segalanya bagi aku . muzik yang terindah , tiada yang dapat ganti apa-apa. 

No comments:

Post a Comment